Story Board

Pengajaran ( Bunga Kebangsaan )


Set Induksi (Aktiviti 1)


Guru memulakan pengajaran.Bersoal jawab tentang pelajaran yang lepas. Guru menyatakan tajuk pelajaran iaitu tentang bunga.

Set Induksi ( Aktiviti 2)


Guru membaca senikata lagu ‘Bunga Mawar’ dan murid-murid diminta mengulanginya.

Set Induksi ( Aktiviti 3 )


Guru menyanyi lagu ‘Bunga Mawar’ bersama-sama murid.

Langkah 1 (Aktiviti 1)


Guru membawa sebakul bunga.
Langkah 1 ( Aktiviti 2)


Guru memperkenalkan pelbagai jenis bunga kepada murid-murid dan bersoal jawab tentang bunga tersebut.Salah satu daripada bunga tersebut adalah bunga raya.

Langkah 1 ( Aktiviti 3 )


Selepas bersoal jawab tentang bunga raya,guru meminta salah seorang murid untuk mengira kelopak bunga raya tersebut.
Langkah 2 ( Aktiviti 1 )


Guru memperkenalkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan Negara.

Langkah 2 (Aktiviti 2 )


Guru menerangkan bahawa bunga raya berwarna merah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan kerana warna merah melambangkan keberanian.

Langkah 3 ( Aktiviti 1 )


Guru menunjukkan gambar bunga raya menggunakan ipad.Guru menyatakan bahawa sebentar lagi ialah aktiviti mewarna.

Langkah 3 ( Aktiviti 2 )


Guru menerangkan bahawa bunga raya berwarna merah dan daunnya berwarna hijau.
Langkah 3 ( Aktiviti 3 )


Murid-murid melakukan aktiviti mewarna bunga raya.
Langkah 3 ( Aktiviti 4 )


Salah seorang murid menunjukkan hasil kerjanya yang hampir siap.

Langkah 4 ( Aktiviti 1 )


Guru menampal carta lagu ‘Bunga Raya’.
Langkah 4 ( Aktiviti 2 )


Guru meminta murid mendengar melodi lagu ‘Bunga Raya’ yang sama dengan lagu ‘Bunga Mawar’ yang telah diajar pada awal pembelajaran tadi.

Langkah 4 ( Aktiviti 3 )


Guru meminta murid-murid menyanyi bersamanya sambil melakukan pergerakan mengikut senikata lagu.

Penutup ( Aktiviti 1 )


Guru merumus isi pelajaran iaitu tentang bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.
Penutup ( Aktiviti 2 )


Guru menunjukkan salah satu hasil kerja murid yang telah siap dan memberi pujian kepada murid tersebut.
Penutup ( Aktiviti 3 )


Guru menunjukkan senikata lagu ‘ Bunga Raya’ dan meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama sebagai aktiviti penutup.

No comments:

Post a Comment