Tentang RPH

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN : TAJUK: "MOBAIL TANGLUNG"

Cadangan masa :
60 minit
Tunjang utama :
Perkembangan Fizikal & Estetika -Muzik
Standard pembelajaran utama :
(KTI 1.2.5) Menghasilkan binaan bentuk mobail.
Standard pembelajaran lain yang disepadukan :
(KM 5.3.3) Melibatkan diri dalam aktiviti menyambut perayaan masyarakat Malaysia.
Objektif pembelajaran :
Pada akhir pengajaran murid dapat membuat mobail menggunakan angpau.
Kemahiran utama :
Membuat kraf tangan mobail.
Kosa kata :
Lipat, gunting, cantum, angpau, tanglung.
Alatan dan bahan :
Paket angpau, gunting, tali/benang dan stapler.


SET INDUKSI


1. Guru menceritakan tentang cerita perayaan
Tahun Baru Cina.


LANGKAH PENGAJARAN


1. Murid-murid meneka kandungan dalam kotak
ajaib.
2. Guru menunjukkan sampul angpau yang berada
dalam kotak ajaib.
3. Guru menunjuk cara membuat mobail tanglung
(Rujuk Rajah1)
a) Kertas angpau dilipat dua.
b) Kertas angpau yang dilipat dibuat garisan
(1/2cm) untuk memudahkan murid
menggunting.
c) Gunting mengikut garisan yang telah dibuat.
d) Perbanyakan untuk dijadikan mobail.
e) Mencantum tanglung untuk menjadi mobail.
4. Murid-murid membuat mobail dengan
bimbingan guru.
5. Guru mempamerkan hasil kerja murid dan
menggunakan hasil mobail tanglung
untuk menghiaskan kelas.


PENUTUP


1. Murid mendengar lagu "Gong Xi, Gong Xi".
Guru membimbing murid menyanyi lagu ini.


Gong Xi, Gong Xi

Mei Tiao Da Jie Xiao Xiang
Mei Ke Ren Ti Chui Li
Jian Mian Di Yi Chi Hua
Chiu Shi Gong Xi, Gong Xi
Gong Xi, Gong Xi, Gong Xi, Ni Ya
Gong Xi, Gong Xi, Gong Xi, Ni

No comments:

Post a Comment